Jun 13, 2013

Kombat Armagedon – Fragmen 5

Awal Disember 2586 Masihi

Api besar hanguskan seluruh bangunan di Tel Aviv, Haifa, Ramallah dan kawasan penting tentera di Israel. Banyak senjata utama Israel hancur dalam kebakaran yang menjulang ke langit. Hancur!

Dia berpeluh memerhati, lalu berkata, “Mengapa di penempatan Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis tidak langsung terkena kebakaran ini?”

Dia melarikan diri dalam rasa takut yang mencengkam ulu hatinya. Marahnya segera menyeruak. “Di mana semua tentera Israel? Di mana komando Mossad? Di mana tentera Amerika? Adakah mereka semua sudah tidak berdaya?”

Lariannya tiba di suatu sinagog di Tel Aviv. Di situ berdiri seorang wanita tua sambil melambai-lambai tangan ke arahnya. Wanita itu terkumat-kamit berkata yang tidak jelas di telinganya.

Dia menjerit dalam kalut dan maraknya api membakar, “Siapakah engkau? Apa yang engkau cakap? Aku tidak dengar!”

Wanita tua itu bersuara nyaring yang akhirnya dapat didengar, “Engkau datang ke Isfahan! Isfahan!”

Dia tersedar dari mimpi ngeri itu. Dia bingkas bangun dari katil empuknya dan melihat bintang David berbentuk hexagram yang besar terlekat di dinding atas kepalanya. Dengan tergesa-gesa dia perintahkan dipanggil segera dua orang ahli nujumnya yang selalu diminta nasihat.

Setengah jam kemudian dua ahli nujum itu datang dengan mata masih merah lantaran dikejut dari lena ketika jam baru mencacak ke angka 4.00 pagi. Tanpa lengah dia bercerita perihal mimpinya.

Ahli nujum berkata, “Sudah tiba masanya, Tuan Sagal. Suhuf para nabi Yahudi dan dalam kitab Talmud memberitakan janji akan munculnya Khalifah Islam yang akan bebaskan dunia Islam dan umat manusia. Israel Raya yang kita impikan akan musnah!”

Perdana Menteri Israel, Benjamin Sagal didatangi mimpi agar menemui seorang rahib tua Yahudi di perkampungan Yahudi Isfahan. Dia batalkan semua temu janji. Pada esok petangnya dia pergi ke sana dengan menaiki pesawat terbang berteknologi Stealth yang muat empat orang – navigator, dirinya dan dua orang komando Mossad.

Setelah tiba di sebuah lapangan terbang di kawasan lapang di Rusia hampir dengan sempadan Iran, dia tidak mahu dua komandonya ikut bersama. Walaupun cuba dibantah oleh komandonya, namun dia berkata, “Aku perdana menteri Israel! Aku berkuasa!”

Justeru ketiga-tiga pengiringnya menetap di bandar kecil di situ. Dari situ dia masuk ke daerah sempadan Rusia-Iran. Kampung itu terletak di kaki pergunungan Zagros di bahagian timur. Setelah bersusah payah dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, dia tiba di biara lama pada waktu tengah malam. Di sempadan Rusia dan Iran, rahib wanita tua itu menghuni di desa terpencil Yahudi Isfahan. Dia dibawa oleh dua orang kampung ke sinagog lama itu setelah diberi bayaran lumayan berupa ketulan emas padat.

Seorang rahib Yahudi tua, wanita bertongkat berkepala syaitan bertanduk sedang berteleku di atas kerusi bertulis ayat-ayat aneh menghadap dinding. “Kemarilah, anakku! Memang aku menunggu engkau,” rahib itu berkata.

Rambutnya mengerbang tidak terurus, mata hitam pekat, berpakaian kain buatan kasar. Benjamin Sagal datang melutut di hadapan wanita tua itu.

Rahib Yahudi itu berjalan menghampiri Benjamin Sagal dan memegang bahu kirinya, lalu berkata, “Sudah! Duduk di situ.”

Rahib itu pun duduk berhadapan perdana menteri Israel itu sebaik sahaja Benjamin Sagal berbuat apa yang disuruh.

Rahib Yahudi memandang tajam Benjamin Sagal. Dia berkata, “Bagus! Engkau datang sebagaimana suruhan aku dalam mimpimu. Engkau memang seorang Yahudi yang taat.”

Benjamin Sagal bertanya, “Apakah benar engkau, duhai pendita mulia yang memasuki ruang mimpi aku?”

“Habis siapa lagi? Engkau ingat Muhammad, Nabi orang Islam itu?” Sinar matanya tajam dalam samar-samar api jamung.

“Tidak ... Sudah pastinya tidak,” jawab Benjamin Sagal acuh tidak acuh.

“Bagaimana dengan Tanah Yang Dijanjikan sekarang?”

“Agak kecamuk, yang mulia. Negara-negara Arab-Islam di sekeliling semakin kuat semenjak Arab Spring beberapa abad yang lalu. Kini mereka tidak takut lagi dengan Israel. Bahkan Tanah Yang Dijanjikan kini tersepit. Tertekan.”

Wajah rahib tua itu semakin kelam. Nafasnya mendengus-dengus ibarat seekor keldai kelelahan. Dia berkata, “Dengar baik-baik, Sagal, apa yang aku ingin sampaikan. Dalam kitab agung kita Talmud, Tuhan Yahweh tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya marah kepada orang-orang selain Yahudi. Di mana saja mereka datang, mereka akan menjadi pangeran raja-raja. Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipu daya orang-orang bukan Yahudi. Engkau sudah lakukannya sekian lama, Sagal.”

Benjamin Sagal sekadar mengangguk.

“Engkau wajib selalu ingat, jika dua orang Yahudi menipu orang bukan Yahudi, mereka harus membahagi keuntungannya. Justeru, engkau harus lakukan misi penting. Sudah tiba masanya. Al-Masih raja Yahudi agung sedang menunggu. Dia, raja genius lagi gagah itu, akan menjadi penyelamat dan pelindung Yahudi daripada bangsa-bangsa yang rosak, bangsa yang harus dimusnahkan seumpama babi yang sakit! Misi engkau ialah musnahkan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa tanpa kasihan belas! Bunuh mereka semua! Itu arahan Al-Masih!”

Benjamin Sagal akur. Setelah mencium jemari rahib wanita tua itu, dia berlalu pergi. Malam semakin pekat, namun misi penting itu mesti disegerakan.

@@@@@@@

Imbas kembali, Perang 20-Tahun

Sebelum perang ini, lama dahulu perkumpulan rahsia Zionis Yahudi merumuskan yang misi Kabbalah adalah untuk menentukan masa depan peradaban umat manusia dengan tujuan membentuk ‘Pemerintahan Satu Dunia’ atau ‘Orde Dunia Baharu’ di bawah kepemimpinan kaum Yahudi, dan seterusnya angan-angan Israel Raya. Agenda dan gerakan tangkas seorang manusia bernama Adam Weishaupt berjaya mengeram dan memberanakkan anak-anak Dajjal ke seluruh empat penjuru planet bumi.

Adam Weishaupt lahir pada 6 Februari 1748 di Ingolstadt, Bavaria, Jerman. Ketika dia bayi, orang tuanya yang pada awalnya memeluk agama Yahudi Ortodoks beralih memeluk agama Kristian Katolik. Tidak seperti kanak-kanak beragama Yahudi Ortodoks yang bersekolah di madrasah Yahudi, Adam kecil dimasukkan ke sekolah rendah Katolik, dan kemudian ke sekolah menengah umum yang dikelola oleh aliran Jesuit.

Sebagai warga Bavaria, Adam mempelajari bahasa Czech dan Itali. Kemudian dengan pantas menguasai bahasa Latin dan Yunani, dan dengan bantuan ayahnya, menguasai bahasa Ibrani. Dengan anugerah cerdas dan belajar dengan pantas lebih daripada kanak-kanak lain, dia diasuh oleh para rahib dan pendita Jesuit. Para pengajar yang menatangnya bagaikan minyak yang penuh berharap agar Adam menjadi seorang mubaligh Kristian Katolik untuk dihantar menyeberang lautan, sama ada ke Amerika Latin atau Asia.

Hasrat barisan pengajarnya tidak kesampaian. Adam Weishaupt yang menginjak usia menjadi pemuda memberontak terhadap disiplin yang berlaku di lingkungan aliran Jesuit. Dia melawan tekanan mereka dan merasa lebih baik menjadi profesor di bidang doktrin gereja di Universiti Ingolstadt.

Sekitar tahun 1768 Adam Weishaupt mulai membangun sebuah perpustakaan yang besar. Hasratnya ialah membentuk suatu akademi ilmu dan sebagai tempat berhimpunnya para cendekiawan. Dia mempelajari hampir setiap manuskrip kuno Yahudi Kabbalah dan karangan doktrin ritual agama yang ada kaitannya dengan ajaran itu. Justeru Adam Weishaupt mulai tertarik pada aliran kultur atau mistik syaitan. Akhirnya menulis doktrin dalam buku berjudul Novus Ordo Seclorum.

Cita dan cintanya ialah:
(1) Menumbangkan pemerintahan negara bangsa.
(2) Menghapuskan pemilikan peribadi dan warisan.
(3) Menghilangkan kecintaan kepada tanah air.
(4) Meniadakan kehidupan keluarga dan lembaga perkahwinan.
(5) Menghapuskan semua agama yang ada.

Seterusnya pada tahun-tahun berikutnya, organisasinya menguasai jaringan kuasa ekonomi Dajjal dalam bentuk riba. Kekuatan dan agama sembahan ialah mata wang dan kuasa sejagat Orde Dunia Baharu yang berpusat di Israel dan disokong oleh Rumah Putih di Amerika Syarikat. Terbentuknya Bank Dunia dan IMF menjadikan kuasa Iblis dan Dajjal sebagai satu-satunya kuasa wang yang wajib disembah. Riba berleluasa dengan pinjaman yang menjerut leher penguasa, rakyat dan negara bangsa.

Kekuatan IMF dan jaringan kewangan Zionis Yahudi menjelma dari balik tabir gelap menjarah dengan moto: “Orang kaya menguasai orang miskin, yang berhutang menjadi hamba kepada yang memberi hutang. Penganut Zionis akan jadikan seluruh bangsa Goyyim merangkak dan mengemis kepadanya.”

Sungguh, bijak pandai Yahudi ada ilmunya. Mereka gerakkan sistem ekonomi sarat riba bagi memakan seluruh kekuatan ekonomi dunia, melainkan orang-orang beriman yang memperoleh cinta Allah dalam mencari redha-Nya. Dana yang persis tidak pernah surut itu menjadi penghalang tertegaknya hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah.

Dari satu generasi ke satu generasi manusia seterusnya, kegelapan dunia pagan berulang dengan Dajjal dan Iblis tersenyum senang di atas singgahsananya yang terasa begitu agung. Penentang Allah itu menunggu.


** Hakcipta Terpelihara 2013 Web Sutera.

0 comments: